Wednesday 10 September 2014

Misteri disebalik ice bucket challange

Dah banyak sangat la video ice bucket challange kat fb & youtube di viral kan. Sorang - sorang buat. Termasukla menteri, artis, golongan ternama, billionaire dan tak terlepas juga orang biasa.



Duk terpikir jugak pebendanya yang diorang ni buat? Gi kuyupkan badan tu buat apa? Lepas tu duk challange orang lain buat jugak. Tak faham betul!!



After godek sana sini, barula tahu purpose of ice bucket challange. Sebenarnya ramai yang tak tahu the main purpose kan? Uolls camne?

According to my research.  Wow, siap kajian ha. Yela, untuk mencari kebenaran disebalik misteri. Gituu. Ice bucket challange adalah untuk memberi kesedaran mengenai penyakit ALS (Amyyotrophic Lateral Sclerosis )  Ha.. Pe bendanya?



Jason Becker , penghidap ALS . 


Meh meh sini nak habaq mai.It also known as Motor Neuron Diseases (MND ). Terjemahanya Penyakit Motor Neuron.Ni da masuk cerita serius ye. MND adalah sekumpulan penyakit  gangguan neurologi , yang memberi kesan pada motor neuron terpilih , sel - sel yang mengawal aktiviti-aktiviti otot dengan sendiri seperti bercakap, berjalan , bernafas , menelan dan pergerakan umum badan.



Faham faham??

Boleh masuk bab seterusnya ni?

Ok, let move on to next chapter.




Hampir 90% pesakit MND ni tak ada sejarah keluarga yang menghidap MND atau tanda - tanda sakit MND. 90% uolls. Only 10% MND patients been detected from family history.  Besarnya kuasa Allah S.W.T.


Antara Simptom-simptom:

→→Hilangnya saraf tulang belakang yang menyebabkan kekakuan & kecanggungan dari kaki .
→→ Hilangnya saraf otot lengan menyebabkan kelemahan & penyusutan otot lengan.



Treatment :

Perhatian. Tiada rawatan untuk pesakit setakat ini :( Hanya menggunakan dadah jenis riluzole untuk memanjangkan umur pesakit beberapa bulan.

Tetapi itu tak bermakna pesakit tak boleh diubati kerana tiada ubat yang berkesan. Treatment for ALS patient is focus on relief of  symptoms associated with the disease.



Rules of ice bucket challange:

1) Once they have been nominated, they have 24 hours to perfome the challange.
2) They must announce the acceptance of challange & followed by pouring ice into  bucket of water.
3) Lepas tu, kasi lencun la atas kepala orang tu. Kuyup .
4) Apalagi, challange orang lain pulak la. Calon-calonnya ialah .....


Dah habis belajar teori, Jom kita belajar praktikal pulak =)

Lets' chek it out !!


Khairy Jamaluddin





Bill Gates

















Friday 22 August 2014

Apakah erti sebuah kehilangan buat sikecil? ::Tragedi MH17 ::

Semalam 22/8/14 adalah hari berkabung rakyat Malaysia. Pengebumian magsa MH17 yang telah dijumpai dan di bawa pulang ke Malaysia , disempurnakan semalam.

Tidak menonton di tv. Hanya sekadar membaca di newsfeed facebook. Tapi begitu sebak melihat gambar anak- anak kecil yang kehilangan ibu bapa. Sayu hati melihat anak kecil berusia 10 tahun , Muhriz Marzaidi menangis di hadapan mayat ibunya ( Mastura Mustafa) .

Bertambah sayu dan menitis air mata saya melihat gambar anak usia 9 bulan (Abderrahman)  di dokong oleh rakan mangsa nahas semasa sembahyang jenazah. Anak yang hampir sama umur dengan anak saya. Masih kecil untuk mengerti sebuah kehilangan.Tapi pastinya ada rasa kerinduaan di hati anak  kecil itu dekat arwah bapanya ( Ahmad Hakimi Hanapi).



Difahamkan Ahmad Hakimi sepatutnya bertugas sebagai co-pilot untuk MH370 yang masih tidak diketahui statusnya. Tapi di saat akhir, arwah digantikan oleh Fariq Abdul Hamid.

Betapa besarnya kuasa Allah S.W.T. Jika Dia mahu ia terjadi, ia akan tetap terjadi. Cepat atau lambat hanya Dia yang mengetahui. Tidak akan bergerak satu zarah tanpa izinNya.

Bersyukur mangsa tragedi MH17 dijumpai . Masih menunggu berita kehilangan MH370 yang sampai sekarang tidak tahu dimana mayatnya mahupun cebisan kapal terbang. Apakah status MH370 ? Hanya mampu berdoa.

Al- fatihah .


Friday 15 August 2014

Coach itu suamiku

Tajuk slot drama TV3 yang terbaru. Dah tengok ke belom? Episod 3 dah ni. Saya peminat tegar ♥♥.

Bukan - bukan. Tu tajuk entry kali ni. Jangan marah.Gurau pun tak boleh. Hehe. Well, my husband being a coach now. Jurulatih kejayaan untuk remaja. Kami sudah menjayakan seminar di 3 buah sekolah area Kuala Terengganu.

1) SMK Bukit Guntong, Terengganu.


2) SMK Teknik Terengganu.


3) SMA (atas) Sultan Zainal Abidin, Terengganu.



Seminar apa ek?

Seminar Magnet Kejayaan SPM 2014. Membongkar potensi tersembunyi dalam setiap pelajar yang tidak diketahui umum dalam masa yang singkat.

Alhamdulillah dapat memberi ilmu kepada pelajar- pelajar SPM & STPM yang bakal menduduki trial exam tidak lama lagi. InsyaAllah berjumpa lagi dalam Seminar Intensif 1 hari .Lebih banyak formula & tips akan dikongsikan oleh Coach Hairul

Teruja nak jumpa lagi. Students best best. Sangat sporting & commitment tinggi. U alls the best =)






Saturday 9 August 2014

~:: UMMALAND ::~

Ummaland? Pebendanya? Ummaland ni adalah satu  application baru lebih kurang macam Facebook. Tapi dia lebih focus untuk umat Islam.Ramai juga yang dah sign up. Saya pun baru je create semalam. Hee. Tak nak ketinggalan off course.

[ Apa yang best nya Ummaland ni? ]


Tu dia. Bagus kan siap ada prayer time dan free online Quran. Memang best. Page yang ada dalam ummaland lebih menjurus kepada Islamik. Motivasi, Kelas bahasa Arab, Halal page pun ada.


[ Pendapat pengguna ? ]


Bagi saya yang baru jer 2 hari guna application Ummaland ni, ia sangat-sangat best. Kolam jiwa lebih terjaga. Tak de posting-posting yang mengarut dan terdedah sana sini. Terlalu banyak video, gambar dan artikel yang diviralkan di facebook yang tidak memberi manfaat pada orang lain. Tak baguskan.

Dekat Ummaland ni ada blog pada yang suka berceloteh .Paling best, ada fundraising. Ada banyak campaign yang certain badan/individu yang run campaign ni .Uolls boleh pilih campaign mana uolls nak donate atau derma. Ada banyak category. Uolls boleh godek nanti bila dah ada acc. Tak habis godek lagi ni.Hee.

Rata-rata respond penguna ummaland sangat bagus walaupun ada juga feedback yang nasihatkan ummaland perlu improvement lagi. Ya, betul. Tidak ada yang perfect. Tapi sekurang-kurangnya pengasas ada inisiatif untuk buat sesuatu untuk umat islam. Tabik pada  Maaruf Yusupov & Jamoliddin Daliyev . Great job!


[ Nak sign up jugak? ]


Jom-jom pakat ramai-ramai online ummaland. Senang je nak sign up, gi jer dekat link ni                               ----->>>  www.ummaland.com .



Ni ummaland saya , salam ukwah ---->> www.ummaland.com/emy-roslan/


Thursday 7 August 2014

Keliru. Harap Maaf

Ramai yang keliru ejaan nama saya. Samaada aemy atau emy? Sebab di fb saya guna aemy roslan. Yang sebenar - benarnya emy roslan. Eh. Uolls keliru ke? Sebenarnya tak tau pun kan.huhu.

Dah tu asal guna fb aemy roslan?Alkisahnya masa muda mudi dulu.sekarang muda jugak lg.hee. lepas je kejatuhan empire myspace & friendster ,saya create fb. For sure semua student ada time tu. Korang sempat ke bermyspace? Best jgk tau.tapi tak secanggih fb la.

Masa tu saya terpikir nak guna nama aemy roslan ni sebab nak gabung kan ejaan amy dan emy. Gabung kasi meletop.kononnya. So, saya pun feeling lebih gi gabung ejaan tu. Tak nak guna ejaan sebenar emy roslan.

Sekarang, nak tukar balik nama kat fb jadi emy roslan tapi ramai sangat nama lebih - lebih kurang. Tak jadi. Tula, dulu gatai sangat duk guna ejaan lain.sekarang rasain.

Tapi tak pe.Saya ok je. Yang penting kita happy =)

Ps: Blog ni lama da buat tapi hari ni baru nak post. Nak setengah tahun da.haha. Teringat "do it now or never"!