Friday 22 August 2014

Apakah erti sebuah kehilangan buat sikecil? ::Tragedi MH17 ::

Semalam 22/8/14 adalah hari berkabung rakyat Malaysia. Pengebumian magsa MH17 yang telah dijumpai dan di bawa pulang ke Malaysia , disempurnakan semalam.

Tidak menonton di tv. Hanya sekadar membaca di newsfeed facebook. Tapi begitu sebak melihat gambar anak- anak kecil yang kehilangan ibu bapa. Sayu hati melihat anak kecil berusia 10 tahun , Muhriz Marzaidi menangis di hadapan mayat ibunya ( Mastura Mustafa) .

Bertambah sayu dan menitis air mata saya melihat gambar anak usia 9 bulan (Abderrahman)  di dokong oleh rakan mangsa nahas semasa sembahyang jenazah. Anak yang hampir sama umur dengan anak saya. Masih kecil untuk mengerti sebuah kehilangan.Tapi pastinya ada rasa kerinduaan di hati anak  kecil itu dekat arwah bapanya ( Ahmad Hakimi Hanapi).



Difahamkan Ahmad Hakimi sepatutnya bertugas sebagai co-pilot untuk MH370 yang masih tidak diketahui statusnya. Tapi di saat akhir, arwah digantikan oleh Fariq Abdul Hamid.

Betapa besarnya kuasa Allah S.W.T. Jika Dia mahu ia terjadi, ia akan tetap terjadi. Cepat atau lambat hanya Dia yang mengetahui. Tidak akan bergerak satu zarah tanpa izinNya.

Bersyukur mangsa tragedi MH17 dijumpai . Masih menunggu berita kehilangan MH370 yang sampai sekarang tidak tahu dimana mayatnya mahupun cebisan kapal terbang. Apakah status MH370 ? Hanya mampu berdoa.

Al- fatihah .


4 comments:

  1. Sedihkan..mereka si kecik mungkin tak mengerti tapikita yang memandang mereka kehilangan terasa beratnya..

    Jemput follow sini plak http://aienlieyrusli.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Mesti si kecik rindu ibu bapa dorg. Dorang akan fhm 1 hari nnti. Follow da :)

      Delete
  2. Salam singgah dan follow sini...
    jemput follow blog saya Sweet Rose http://bungakayangan.blogspot.com/

    ReplyDelete